Perkataan tazkiyah an-nafs boleh dimaksudkan sebagai penyucian jiwa. Ia merupakan proses yang perlu dilalui untuk mencapai maksud penyucian dan pembersihan. Imam al-Ghazali (505H) menyatakan bahawa tazkiyah adalah tarbiyah yang bermaksud pendidikan. Yang ingin dibersihkan dan dididik di sini adalah jiwa kita, yang merupakan aspek dalaman. Ini disebabkan aspek dalaman seseorang akan mempengaruhi luaran dan tindakannya. Tindakan itulah pula yang dipanggil sebagai akhlak. Asal perkataan ini mempunyai kaitan dengan tugas seorang rasul yang diutuskan oleh Allah Azza wa Jalla kepada umat manusia. Selain daripada tilawah (membacakan) dan ta'lim (mengajarkan), maka tugas utama rasul adalah tazkiyah (membersihkan), sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 129 bermaksud: "Wahai Tuhan kami, utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu) dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Kitab (al-Qur'an) serta hikmah (as-Sunnah) dan membersihkan (jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana." Tazkiyah melalui dua proses iaitu at-takhalliyah (mengosongkan) dan at-tahalliyah (menghiasi). Proses pertama, mengosongkan dan membuang segala sifat buruk daripada diri, seperti riak, ujub, hasad dengki dan sebagainya.
Tazkiyah An-Nafs
Islamic Discount

